skip to Main Content

Latar Belakang An-Nisa' Group

Poliklinik An-Nisa’ adalah rangkaian klinik yang menyediakan perkhidmatan kesihatan dibawah pengendalian Nurikhwah Medical Services Sdn Bhd. Ia telah ditubuhkan pada 1
Januari 2003 dengan menjalankan perkhidmatan kesihatan menyeluruh bersesuaian dengan visi dan objektif penubuhan syarikat, iaitu untuk mempelopori kesihatan yang terbaik dengan harga yang berpatutan di samping mengekalkan etika dan profesionalisme perubatan.

Sejak penubuhan syarikat sehingga kini, syarikat telah membuka lebih 11 buah cawangan di
Selangor dan 3 cawangan lagi di Cyberjaya, Kedah dan Kuala Lumpur. Kebanyakan cawangan Poliklinik An-Nisa’ beroperasi selama lebih 12 jam setiap hari. Setiap cawangan klinik, dilengkapi dengan peralatan yang mencukupi bagi mengendalikan kes-kes rawatan primer yang meliputi rawatan perubatan, pembedahan kecil, kesihatan ibu dan anak, kecederaan dan kemalangan dan khidmat rawatan dan nasihat kesihatan kerja. Di setiap cawangan Poliklinik An-Nisa’ terdapat kumpulan Pegawai Perubatan (doktor) dan pembantu klinik yang berpengalaman luas dalam bidang perubatan dan khidmat kesihatan. Syarikat juga menyediakan perkhidmatan doktor pakar bagi memberi khidmat untuk es-kes yang khusus. Doktor yang berkhidmat juga mempunyai tauliah dalam perubatan kesihatan perkerjaan (occupational medicine).

Tenaga kerja Poliklinik An-Nisa’ mempunyai pengalaman yang luas di dalam mengendalikan syarikat berorientasikan perkhidmatan kesihatan keluarga, memandangkan pengalaman mereka pernah menubuhkan Pusat Rawatan Islam Annisa Sdn Bhd. Berbekalkan prestasi perniagaan yang baik dan memberangsangkan, syarikat dengan penuh yakin akan mendapat bantuan kewangan dari institusi perbankan tempatan untuk terus berkembang.


Poliklinik An-Nisa’ is a chain of clinics which provides medical services under the management of Nurikhwah Medical Services Sdn. Bhd. Incorporated on January 1, 2003 that focused on medical services in line with the vision and objectives of the company is to be the innovator in the Family and Occupational Medical Service industry in the country, and also to uphold good business ethics and professionalism to ensure business operations keep on dynamic and successful progressing.

Since the company growth, it has opened more than 11 branches in Selangor and 4 branches in Cyberjaya, Kedah and Kuala Lumpur. Most of Poliklinik An-Nisa’ operated about 12 hours
every day. Each of its branches is equipped with necessary facilities to accommodate prime
treatment, minor operations, family health care, accidents and occupational medical advice. Qualified and experienced team of doctors and clinic assistants are available at each of branches. The company also provides „specialist‟ consultant when required by patients. The appointed doctors are also qualified in occupational medicine.

The staff of Poliklinik An-Nisa’ are well versed in managing and providing family health services, as the team are the pioneers and instrumental in setting up Pusat Rawatan Islam Annisa Sdn. Bhd. Based on our business knowledge and experience, the company has good financial backup from the local banking institutions.

Back To Top