An-Nisa' Group

Hotline: 03 5523 0278

Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT

Melalui laman sesawang An-Nisa’ Group, kami komited untuk memudahkan pengunjung dan pelanggan khususnya. Sila pastikan anda telah membaca, memahami, mengakui dan bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat yang dinyatakan berikut.

 

POLISI PRIVASI DATA PERIBADI

Pengumpulan Maklumat

Maklumat yang diperlukan untuk mana-mana borang di dalam laman sesawang ini akan dikumpul, diproses dan digunakan oleh pihak kami (Pengurusan, Poliklinik atau Farmasi) untuk tujuan rujukan rawatan, perubatan, pemasaran atau lain-lain yang berkaitan. Maklumat yang diterima adalah maklumat yang telah dihantar oleh anda secara sukarela kepada kami. Sekiranya anda ada sebarang komen atau cadangan untuk penambahbaikan, kami berbesar hati untuk menerima makluman tersebut di alamat kami atau melalui alamat email kami di marketing@an-nisa.com.my.

Keselamatan

Kami komited untuk memastikan bahawa maklumat anda disimpan dengan selamat. Kami akan berusaha, jika dapat dilaksanakan, untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal, fizikal, elektronik dan prosedur yang sesuai bagi mengelakkan kebocoran maklumat kepada penggodam dan pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab.

Kerahsiaan 

Maklumat peribadi anda adalah sulit dan rahsia. Kami tidak akan berkongsi atau menyerahkan apa-apa maklumat peribadi anda tanpa kebenaran anda.

Pengubahsuaian Polisi Data Peribadi

Pihak kami berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini dan / atau meminda Polisi ini dari semasa ke semasa tanpa memberi notis makluman terlebih dahulu kepada anda. Kami akan memaklumkan kepada anda tentang apa-apa pindaan sekiranya ada melalui pengumuman di laman sesawang ini atau cara lain yang sesuai. Anda dikehendaki untuk menyemak laman sesawang ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sama ada terdapat pindaan kepada Polisi ini. Sebarang pindaan kepada Polisi ini akan berkuatkuasa apabila notis makluman telah dikeluarkan secara umum di laman sesawang ini atau diberi kepada anda. Dengan terus menggunakan perkhidmatan atau akses ke laman sesawang ini selepas notis makluman telah dikeluarkan mengenai sebarang pindaan kepada Polisi ini, anda akan dianggap telah bersetuju dan menerima pindaan tersebut.

Aduan Tentang Pelanggaran Privasi

Kami sentiasa terbuka untuk menerima maklumbalas daripada anda. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan apa sahaja cara, silakan terus menghubungi kami atau emel ke marketing@an-nisa.com.my.

 

POLISI TEMUJANJI POLIKLINIK

Borang Temujanji Poliklinik (Atas Talian)

Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, pihak pelanggan atau pesakit yang membuat temujanji secara atas talian dikehendaki menghantar borang temujanji sekurang-kurangnya 24 jam awal sebelum daripada tarikh temujanji yang ingin dibuat bagi tujuan pengesahan temujanji oleh pihak klinik.

Maklumat Pesakit

Pihak pelanggan atau pesakit perlu memastikan maklumat yang diperlukan pada borang diisi dengan betul, tepat dan terkini. Ini bagi membolehkan pihak klinik memproses dan menghubungi semula pihak pelanggan atau pesakit bagi tujuan pengesahan temujanji.

Penukaran, Pengubahan dan Pindaan Waktu Temujanji

Sebarang tarikh dan masa temujanji yang telah dihantar perlu melalui proses pengesahan dan boleh ditukar, diubah atau dipinda mengikut kesesuaian yang dipersetujui oleh pihak klinik dan pihak pesakit atau pihak pelanggan.

Perkhidmatan Kesihatan dan Perubatan

Tertakluk kepada perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang disediakan oleh pihak klinik sahaja.

Skip to content