An-Nisa' Group

Hotline: 03 5523 0278

Email: annisagroup6@gmail.com

Kenali Poliklinik an-nisa'

Poliklinik An-Nisa’ adalah rangkaian klinik yang menyediakan perkhidmatan kesihatan dibawah pengendalian Nurikhwah Medical Services Sdn Bhd. Ia telah ditubuhkan pada 1
Januari 2003 dengan menjalankan perkhidmatan kesihatan menyeluruh bersesuaian dengan visi dan objektif penubuhan syarikat, iaitu untuk mempelopori kesihatan yang terbaik dengan harga yang berpatutan di samping mengekalkan etika dan profesionalisme perubatan.

Sejak penubuhan syarikat sehingga kini, syarikat telah membuka lebih 12 buah cawangan di
Selangor dan 4 cawangan lagi di Kelantan, Kedah dan Kuala Lumpur. Kebanyakan cawangan Poliklinik An-Nisa’ beroperasi selama lebih 12 jam setiap hari. Setiap cawangan klinik, dilengkapi dengan peralatan yang mencukupi bagi mengendalikan kes-kes rawatan primer yang meliputi rawatan perubatan, pembedahan kecil, kesihatan ibu dan anak, kecederaan dan kemalangan dan khidmat rawatan dan nasihat kesihatan kerja. Di setiap cawangan Poliklinik An-Nisa’ terdapat kumpulan Pegawai Perubatan (doktor) dan pembantu klinik yang berpengalaman luas dalam bidang perubatan dan khidmat kesihatan. Syarikat juga menyediakan perkhidmatan doktor pakar bagi memberi khidmat untuk es-kes yang khusus. Doktor yang berkhidmat juga mempunyai tauliah dalam perubatan kesihatan perkerjaan (occupational medicine).

Tenaga kerja Poliklinik An-Nisa’ mempunyai pengalaman yang luas di dalam mengendalikan syarikat berorientasikan perkhidmatan kesihatan keluarga, memandangkan pengalaman mereka pernah menubuhkan Pusat Rawatan Islam Annisa Sdn Bhd. Berbekalkan prestasi perniagaan yang baik dan memberangsangkan, syarikat dengan penuh yakin akan mendapat bantuan kewangan dari institusi perbankan tempatan untuk terus berkembang.