An-Nisa' Group

Hotline: 03 5523 0278

Kenapa kita perlu amalkan Air Kosong

Membiasakan diri untuk minum air kosong bukanlah hal yang mudah. Di antara pilihan minuman manis, teh, ataupun kopi, air kosong sering kali menjadi pilihan terakhir. Minuman manis dilihat lebih menarik berbanding air kosong, sedangkan air kosong merupakan minuman terbaik untuk memenuhi keperluan cecair tubuh.

Berdasarkan saranan daripada Institut of Medicine’s Food and Nutrition Board, wanita memerlukan 2.6 liter air setiap hari dan lelaki memerlukan sekitar 3.7 liter setiap hari. Keperluan cecair badan tersebut dapat dipenuhi salah satunya dengan mengambil air kosong. Saranan jumlah pengambilan air tersebut bukanlah tanpa alasan, sebaliknya didapati bermanfaat bagi kesihatan tubuh dan kecantikan.

Manfaat:

Terdapat beberapa manfaat yang didapati akan anda alami jika anda mengambil air kosong sahaja selama 30 hari, tanpa pengambilan sebarang minuman lain. Ini termasuklah teh dan kopi. Berikut adalah hal-hal yang akan terjadi pada tubuh kita setelah 30 hari memilih air kosong sebagai minuman:

  • Meningkatkan tenaga kerja dan kreativiti
  • Melambatkan proses penuaan
  • Meningkatkan daya tahan tubuh
  • Menguatkan fungsi jantung
  • Menguatkan tulang
  • Membakar lemak tubuh
Skip to content